Sunday, 27 September 2015

OBSES

Assalamualaikum.

Obses. Apa tu obses? Definisi obses bagi diri aku adalah taksub dekat sesuatu sama ada benda, haiwan atau manusia. Obses dekat manusia tu bahaya okay, harap dielakkan. Terima kasih~

Aku ada obses dekat somehing tak??

Bagi manusia yang bulat lagi tembam lagi sihat macam aku ni benda yang aku obses adalah makanan. Diulang sekali lagi MAKANAN. Aku paling pantang bila orang sebut pasal makanan, nampak kedai makan dan semua yang seangkatan dengannya. Hobi kedua aku adalah ambil gambar makanan walaupun tu bukan makanan aku. Peduli apa, janji aku bahagia :P Tapi kebelakangan ni aku dah jarang ambil gambar makanan, takda masa. Hahahahahaha.

Sebahagian makanan yang selama mendarat dalam perut aku. Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Kalau aku masukkan semua melampau pulak karang.
Disebabkan aku obses terhadap makanan, kadang-kadang aku sanggup masak sendiri benda yang aku nak makan walaupun orang lain tak suka. Bagi aku yang paling penting perut aku kenyang dan aku puas.

Spaghetti Carbonara
Jadi kalau keluar dengan adik beradik aku, diorang memang wajib kena bawak aku pergi kedai makan. Kehkehkeh. Kawan baik aku pun dah faham dah yang aku ni kuat makan. Alhamdulillah, diorang tak pernah berkira pasal makanan demi Raihana yang kuat makan ni XD

Muka tak sabar nak potong dan makan kek tu. Hahahaha
Bersyukur kerana dikurniakan roommate yang memahami diri ini masa dekat matrik :P


Makan lagi~~


Muka serius nak ambil daging, sekali daging tu terlompat keluar dari landasan masa tengah potong. Takziah dan al-fatihah.
Okay, tu je cerita pasal keOBSESan aku terhadap makanan. Kalau diikutkan banyak lagi nak cerita, tapi aku baru sampai kolej. Bilik ni pun tak kemas lagi woiiii. Ni pun cepat-cepat update blog sebab takut aku lupa sebelum 0000 malam ni kena siapkan dua post dekat blog!!

BYE~~~~

Friday, 25 September 2015

INSAN BERNAMA RAIHANA

Assalamualaikum W.B.T

Al kisah aku kena buat blog sebab Sir Azzwan suruh. Takpa, saya redha kena buat blog ni Sir. Alhamdulillah, dapatlah saya merepek seminggu dua kali dekat blog ni. Kehkehkeh

Sempena post yang pertama ni, aku nak cerita pasal "INSAN BERNAMA RAIHANA". Yang atas tadi tu?? Tu ayat mukadimah je, takde kaitan dengan benda yang aku nak cerita ni.


Nama aku Nur Raihana binti Bundawan dan YA aku orang Jawa-Melayu. Dilahirkan di Hospital Batu Pahat pada tarikh 27 Februari 1996 dan seterusnya dibesarkan dekat Kampung Parit Daun. Paling penting sekali aku orang JOHOR DT jadi normal la nama kampung ada 'parit' tu, dah kata pun tinggal dekat Johor kan?? Hahahahaha. Aku ada 8 orang adik beradik, diulang sekali lagi LAPAN. Ya lapan dan ramai. Aku anak yang ke-7. Alhamdulilah, adik beradik aku yang lain semua dah kerja. Tinggal aku dengan adik aku je yang belajar lagi. Hmmm, tak pasti nak gembira ke sedih part yang aku masih belajar ni. Keliru :P


Sekolah?? Dari tadika ke SK ke SMK semua dekat dengan rumah sebab mak tak bagi duduk asrama. Bila dapat matrikulasi baru aku belajar duduk jauh dari keluarga. Nasiblah aku ni takda penyakit homesick ke apa. Dah la first time duduk jauh, dapat pulak matrik dekat Perlis. Tak buat aku sakit jiwa ke macam tu?? Jauh kot Johor dengan Perlis. Tapi Raihana ni berjiwa kental, dapat menghadapi hidup jauh dengan tabah walaupun jarang sekali balik kampung. Cehhhh~~~

Jadi bila dapat UKM masa keputusan keluar, insan yang paling gembira masa tu adalah aku sebab dah tak kena duduk jauh macam dulu. Hahahahahaha. Tapi kalau dapat universiti jauh pun aku reda. Kalau niat nak belajar jiwa mesti kena redha. Kan?????? Kahkahkah, ayat aku XD

Okay, aku dah tak tau nak tulis pasal apa lagi.

SELAMAT TINGGAL. BYE~~