Monday, 26 October 2015

MAKANAN

Assalamualaikum.

Tema kali ni, MAKANAN. Disebabkan aku dah habis cerita pasal makanan dekat tema OBSES (<-- sila tekan) aku nak cerita pasal makanan dari sudut pandangan lain pulak.

MAKANAN MELAYU
Makanan melayu yang aku tahu sepanjang hidup aku adalah Nasi Lemak, Laksa, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Minyak, Rendang, Nasi Impit a.k.a Lontong dan banyak lagi. Nasi Minyak kau akan jumpa waktu majlis kenduri kahwin. Lontong dan Rendang kau akan jumpa waktu hari perayaan. Mak aku paling legend masak Laksa Johor. Laksa Johor Mak aku takda siapa boleh lawan. Apa pun, makanan Melayu yang paling aku suka adalah Nasi Kerabu. Pergh, sumpah sedap! Keropok, ikan goreng, solok lada, ulam, telur masin lagi. Nak Nasi Kerabu sekarang, tolong carikan untuk aku~~~ Nasi Dagang pun sedap jugak, yang paling sedap masa mak mertua Kakak aku yang masak. Aku tambah banyak kali kot. Kah.

KUIH-MUIH
Kuih yang aku kenal sepanjang 19 tahun hidup aku. Kuih Ketayap, Kuih Lapis, Lepat Pisang, Buah Melaka, Onde-onde, Kuih Koci, Cucur Badak, Badak Berendam, Puteri Mandi, Donut, Karipap, Tepung Pelita, Kuih Cara, Abok-abok Sagu, Bahulu, Bingka dan banyak lagi. Betul, banyak lagi. Ni pun aku baru lepas tanya Mak aku kuih apa selalu ada dekat rumah. Hahhhahaha. Kalau waktu kenduri, kuih yang aku suka gila adalah Kuih Koci dan Abok-abok Sagu. Kalau waktu puasa, menu buka aku wajib ada Tepung Pelita dan Kuih Cara. Favourite kot dua tu. Menangis aku kalau takda salah satu.

MAKANAN CINA
Char Kuew Teow, Kuew Teow Kungfu, Wantan Goreng antara makanan Cina yang aku pernah makan. Kuew Teow Kungfu dan Char Kuew Teow merupakan makanan harian aku setiap petang masa duduk dekat matrik dulu. Hari tu teringin sangat nak makan Char Kuew Teow, pergi dekat kafe dia tak masak walaupun makanan tu ada dekat senarai menu. Akhirnya pergi order dekat luar. Hilang kempunan nak makan Char Kuew Teow.

MAKANAN INDIA
Makanan India pulak, Nasi Kandar dan segala adik beradik Roti Canai dan yang seangkatan dengannya aku pernah makan. Nasi Kandar pun tengok kedai jugak mana yang best nak makan. Masa dekat Perlis, kalau nak makan Nasi Kandar selalu makan dekat Restoran Yasmeen. Roti pulak aku suka Roti Telur dan Roti Tisu. Roti Tisu paling sedap. Dah la besar, aku makan seorang pun lepas. 

MAKANAN BARAT
Lasagna, Meatball, Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognese, Macaroni Cheese, Chicken Chop, Beef Chop, Lamb Chop, Baked Macaroni. Tu semua makanan favourite aku. Paling favourite sepanjang hidup. Paling aku akan suka syok sendiri waktu dekat dapur adalah waktu masak semua makanan ni.

Walaubagaimanapun,
Selamat menghabiskan duit di makanan, Raihana :)

Selamat tinggal buat sementara post bergambar~

MANUSIA

Assalamualaikum.

JANJI
Manusia kalau berjanji biarlah berpegang pada janjinya. Lembu pun pegang pada talinya. Kau sebagai manusia yang diberikan akal fikiran sempurna ni tak boleh pegang pada janji yang tak seberapa tu ke? Kalau tak boleh, tak payahlah berjanji. Buat penat orang lain yang tunggu kau nak tunaikan janji kau tu. PENAT. Bukan apa, sabar manusia pun ada had. Apa kau fikir kau seorang ada hati dan perasaan? Kami yang lain ni takda hati? Takda perasaan? Oh yelah, kau seorang je manusia dekat dunia ni.

KERJASAMA
Kalau kerja sebagai satu kumpulan bagilah kerjasama. Bukan kau seorang yang sibuk. Bukan kau seorang yang ada assignment berlambak setinggi Gunung Kinabalu. Bukan kau seorang ahli dekat kumpulan tu. Kami yang lain pun ada kerja masing-masing, banyak assignment, nak periksa pertengahan semester lagi, sibuk dengan program kolej, sibuk dengan program fakulti mungkin. Kalau orang tanya tu jawablah, apa guna ada telefon dekat tangan 24jam kalau tak reti balas mesej orang. Barang perhiasan semata-mata? Mungkin setakat ni kau tengok kami buat tak kisah lagi, buat macam takda apa terjadi. Jangan tanya kenapa kalau kau diabaikan pada akhirnya dan jangan ditanya kenapa kalau kau berseorangan pada pengakhiran kisah.

BERSYUKUR
Kau kena bersyukur dilahirkan sebagai manusia yang sempurna. Sempurna keadaan fizikal maksud aku. Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku dilahirkan sempurna keadaan fizikal. Ada mulut, hidung, cukup tangan, kaki, jari, mata, telinga. Kau bayangkan kalau kau dilahirkan tak cukup sifat. Tak dapat mendengar, melihat, bercakap, takda tangan, kaki. Kau bayangkan. Diberikan wajah yang cantik, kacak? Tu mungkin satu nikmat untuk kau. Gunakanlah nikmat tu dengan sebaik-baiknya. Aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi dekat aku, keadaan fizikal yang sempurna untuk melalui hari-hari seterusnya sehingga pengakhiran hidup aku di dunia ini. Andai Allah tarik nikmat yang dia beri dekat aku satu hari nanti, mungkin itu satu ujian untuk aku supaya menjadi manusia yang tabah.

Ingatlah, apa yang Allah bagi dekat dunia ni semua hanya sementara. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Aku bukan orang baik-baik yang nak bagi nasihat dekat kau, nak cerita perihal keagamaan dekat kau. Aku juga hanya manusia yang khilaf. Semoga kita sama-sama sedar dengan apa yang kita dah buat dan berubah ke arah kebaikan.

Ikhlas,
Raihana Bundawan.

TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA

Friday, 23 October 2015

SESAL

Assalamualaikum.

Sesal itu umpana kesal, menyesal akan sesuatu perbuatan atau perkara lampau yang pernah kau lalui. Bukan setakat kepada perkara lampau, mungkin benda yang baru berapa hari lepas kau tinggalkan. Perasaan sesal tu boleh muncul secara tiba-tiba atau memang dijangka lagi-lagi bila kau rasa bersalah, menyesal, kecewa dengan sesuatu benda yang kau buat.

Untuk kurangkan perasaan sesal tu, bergantung kepada keadaan yang kau lalui jugak. Kalau sesal sebab tak jawab test sungguh-sungguh memang tak boleh nak buat apa. Kau dan aku juga hanya boleh mampu berserah atas jawapan yang telah dihantar. Perubahan yang kau dan aku boleh buat lepas ni adalah belajar elok-elok sikit, kalau tak faham jangan dok buat pandai sendiri. Pergi tanya pensyarah, tak pun pergi tanya kawan yang terlebih pandai belajar sana.

Kalau sesal atas perbuatan yang telah kau buat macam buat jahanam dekat orang ke apa, banyak-banyaklah bertaubat. Mohon diberi hidayah oleh Allah swt untuk berubah jadi manusia yang selalu buat kebaikan dekat orang. Buat kebaikan dekat aku ke? Kan.

Aku pernah rasa sesal tak? Bagi manusia yang tak sempurna macam aku ni, perasan sesal tu tak pernah lari dalam kehidupan aku. Terutama bila waktu nak periksa dan selepas periksa. Sesal tak belajar sungguh-sungguh dalam kelas, jawab soalan pun macam nak taknak je idea keluar. Sesal dengan keputusan periksa yang aku dapat. Rasa macam nak mintak pergi sekolah rendah balik.

Sesal duit habis sebab beli makanan? Itu tak pernah.

Ikhlas,
Insan yang KHILAF.

ALUR ILMU

Assalamualaikum.

Alur Ilmu. Apa tu? Kebanyakan manusia dekat UKM ni tak tahu termasuk aku masa mula-mula masuk sini dulu. Alur Ilmu tu sungai yang ada sepanjang FST ke FEP ke Pusanika. Punca sungai tu adalah dari Tasik Ghazali. Masa pertama kali nampak sungai tu, jujur aku tak fikir tu sungai sampailah ada MEP habak kat kitorang semua.

Alur Ilmu - The Heart of UKM

Alur Ilmu - The Heart of UKM, satu program yang dianjurkan oleh kolej aku. Setakat ni dua program Alur Ilmu aku dah ikut walaupun aku bukan ahi Kelab Ekorelawan. Kah

Pertama kali terlibat dengan Alur Ilmu ni masa program 1M4U. Semua budak kolej aku terutamanya tahun satu kena ikut pergi program ni. Mula-mula ada ceramah penerangan tentang Alur Ilmu dan lepas tu kitorang semua kena bersihkan Sungai Alur Ilmu. Adalah yang pergi kutip sampah dekat tepi sungai, ada yang guna jaring nak ambil daun dalam sungai, ada jugak yang masuk dalam sungai tu, tapi dekat tepi-tepi jela. Pengalaman pertama dan best bagi aku.


Kali kedua pergi hari tu 17 Oktober. Kolej tak cakap wajib ke apa, tapi aku saja nak mengisi masa lapang daripada mereput dekat bilik dengan tak join SUKEMnya lagi. Kahhh. Kali ni ada budak kolej lain jugak join, tapi tak ramai la. Budak SRN dengan SRM pun muncul jugak. Aktiviti sama je dengan waktu 1M4U.



Lepas dah habis program, ahli SRM cakap diorang nak buat aktiviti berakit dekat Sungai Alur Ilmu bulan Disember nanti. Aku tungguuuuuuuuuu~

Harapan semoga Sungai Alur Ilmu akan bersih dan air sungai akan jernih suatu hari nanti.


Nukilan,
Pengikut setia perkembangan Sungai Alur Ilmu.

Sunday, 18 October 2015

BEBAN

Assalamualaikum.

Tema blog kali ni adalah BEBAN, dan ia merupakan satu beban bagi aku nak fikir tulis pasal apa. Susahnya tema kali ni Sir! (jerit satu bilik) 

Beban dalam hidup Mak dan Abah adalah membesarkan lapan orang anak. Dulu Mak dengan Abah bukan orang senang, belajar pun tak tinggi. Tapi betul apa orang kata kalau anak ramai,Insya Allah murah rezeki. Alhamdulillah, Mak dengan Abah dimurahkan rezeki oleh Allah, hidup pun dah senang. Disebabkan Mak dan Abah dah pernah lalui hidup yang susah, diorang selalu pesan dekat kitorang adik beradik belajar rajin-rajin, jangan malas, hidup kena selalu berusaha sebab Mak dengan abah taknak kitorang semua hidup macam diorang dulu.

Semua kakak dengan abang aku dah berjaya dalam hidup diorang, dah ada kerjaya tetap. Tinggal aku dengan adik aku yang kena berusaha lebih nak banggakan lagi Mak dengan Abah.

Terima kasih sebab tak pernah anggap kami lapan orang adik beradik satu beban yang berat dalam hidup.

Dan aku sebagai anak tugas aku adalah belajar bersungguh-sungguh dekat sini. Aku tak pernah anggap apa yang aku buat ni sebagai satu beban tapi aku anggap sebagai satu tugas dalam hidup. Sebab apa sangat nak dibandingkan kalau aku anggap belajar ni beban dengan beban Mak dan Abah besarkan aku jadi manusia yang mampu fikir perkara mana yang elok, mana yang tidak.

Terima kasih sekali lagi Mak, Abah.

Hanya Allah swt yang dapat balas jasa Mak dan Abah.

Dear Parents, one day I'll make you fell proud of me.
Ana.

Friday, 16 October 2015

310 MEMBERONTAK

Assalamualaikum.
310 Memberontak
Tu bukan nama kumpulan gangster, bukan juga nama untuk parti pilihan raya. Tu hanyalah nama group whatsapp budak bilik B3 310.

Pertama kali nak duduk sebilik dengan kawan baru, perasaan masa tu adalah....
"Siapa roommate aku"
"Dapat roommate orang mana ni"
"Roommate aku okay tak"
Dan bermacam-macam lagi perasaan yang tak dapat diluahkan dan digambarkan.

Masuk bilik, terkejut. Ya, terkejut kerana ada empat katil double decker di situ. Dua di sebelah kanan, dua di sebelah kiri dan tengah ada LAPAN meja belajar. Dalam hati dah 'mak aihhhh, ramainya nak duduk satu bilik.' Aku tak pernah terbayang dapat bilik ada tiga bahagian. Hahahaha

Dekat sini tempat kitorang belajar, makan dan tidur kekadang.
Alhamdulillah aku dapat 6 orang ahli keluarga, kawan dan roommate baru pada 19 Mei 2014. Perlis, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Johor. Empat budak akaun, dua budak sains. Dari 6 orang, pada akhir sem 2 tinggal 4 orang je dekat bilik sebab,

  • Asillah masuk IPG.
  • Dek Yah masuk Politeknik.


Walaupun tinggal 4 orang, kitorang masih berperangai gila.

  • Mempunyai sikap suka keluar masuk bilik sebelah sesuka hati dan sebaliknya dengan budak bilik sebelah. Dah jadi macam bilik kedua.
  • Mengamalkan sikap neighbourhood yang tegar dengan bilik sebelah.
  • Sambut birthday gila-gila waktu malam dekat blok masa minggu final exam.
  • Duduk dekat hujung aras dalam keadaan gelap makan pizza.

310&311
Aku rindu roommate dekat matrik. Aku rindu jiran dekat matrik. Aku rindu semangat neighbourhood kita. Aku rindu nak gelak sama-sama. Sumpah life tinggal dekat blok masa matrik dengan universiti beza gila!

310 Memberotak, aku doakan korang semua berjaya dalam hidup. Boleh buat reunion 3 orang je sebab Nana jauh tercampak dekat UMK, sedangkan yang lain semua dekat Selangor dengan Kuala Lumpur.

Ingat aku selalu, Raihana :)

Sunday, 11 October 2015

10 OKTOBER

Assalamualaikum.

Semalam 10 Oktober 2015 (Sabtu) bersamaan 26 Zulhijjah 1436H adalah

HARI SUKAN NEGARA

"Malaysia cergas, YEAH"
Bersukan, bersenam,
Berekreasi bersama keluarga,
Berbudaya sukan,
 Jadikanlah amalan.


Kawan-kawan aku tak kira dekat mana diorang sekarang, semua duk sibuk pakat masukkan gambar sambut Hari Sukan Negara. Punyalah semangat diorang semua sambut. Bagi orang yang tak berapa gemar atau memang tak suka bersukan macam aku, aku rasa biasa-biasa je. Takda cemburu mana pun. TAK. Tak kisah pun.

Dan disebabkan itu, aku hanya mereput di bilik.

Lebih kurang macam ni lah gaya aku mereput satu hari dekat bilik. Kahkah
Hahha, takda mereput mana. Aku siapkan assignment mail merge hari tu jugak. Dah siap tu aku terus send, takut lupa nanti. Maklumlah dah "tua" sikit sekarang ni.

Dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa pada 10 Oktober 2015. Berita gembira buat diri sendiri, aku dapat banyak movie ENGLISH semalam. Selamat ber'movie', tapi jangan lupa buat assignment dengan study. Exam dah dekat Raihana oiiii~~~

Bye!

Tuesday, 6 October 2015

A8T2

Assalamualaikum.

19 Mei melangkah ke dunia baru. 2 Jun, hari pertama masuk kelas dengan tak tahu bangunan Tutoran A dengan Tutoran B dekat mana, konfius dewan kuliah yang mana satu nak masuk walaupun kolej tak besar mana. Sesat sesat sesat, benda biasa masa minggu pertama. Masa kelas pertama dengan tak kenal sorang pun budak dekat dalam kelas tu, lalu aku dengan suka hati je duduk sebelah orang yang aku nak. Hana nama dia, kawan pertama dekat kelas. Hari tu memang setiap kali masuk kelas memang sesi suai kenal je. Dari satu tahap aku tak nak ambil tahu nama diorang, sampai terus ingat.

A8T2 ada dua kelas, A8T2(A) dengan A8T2(B) dan aku kelas A. Budak kelas A ada dalam 13 orang macam tu, B pun sama. Masa sem1 memang dua kelas ni tak rapat walau ada beberapa kelas yang kena gabung. Budak-budak kelas aku semua jenis pendiam. Memang sunyi sepi kalau pensyarah tengah mengajar. Kelas B semua jenis banyak cakap dan bising. Memang tak boleh bersatu. Kah. Tapi aku ada je berkawan dengan budak kelas B.

A8T2(A)
Tapi bila naik sem2 semua jadi lain, berubah 100%. Tiba-tiba kitorang semua jadi rapat gila-gila. Dah tak ada istilah A8T2(A) dengan A8T2(B). Yang ada cuma A8T2. Memang kalau gabung kelas kecoh sampai dah tak terkawal, lagi-lagi kelas BI dengan Pengurusan Perniagaan. Sampai pensyarah kitorang dah tak kisah kalau kelas bising sebab tu benda normal. Kahkah.

Antara benda yang membuatkan kitorang semua rapat habis:
1. Buat rancangan nak sambut birthday Teacher Yanti.
2. Masa buat latihan teater BI.
3. Sambut birthday ketua kelas kitorang, Zul.
4. Keluar ramai-ramai pergi Jitra, makan dekat Kuala Perlis.
5. Pergi padang satu kelas main bola beracun, baling selipar.







Terima kasih bagi peluang kawan dengan korang semua walaupun perangai yang ada macam mak-mak, funny people, pendiam, sengal, blur, terlebih makan ubat, yang muka macam mintak penumbuk selalu, yang ketawa tak boleh kawal termasuk aku, ustazah, ustaz, muka tak tahu malu, yang suka jadi wartawan kelas. Terima kasih.


Hasil kerja Piji yang terlebih rajin masa cuti. Kah
Alhamdulillah, semua dapat sambung belajar dekat universiti. Tahniah semua. Semoga berjaya dalam bidang masing-masing.

Yang dapat U dekat dengan cheq ni, bila hang semua nak mai jumpa cheq?? Kahkah~~

Saturday, 3 October 2015

MENTOR

Assalamualaikum.

Okay, tema kali ni adalah mentor. MENTOR. Boleh dikatakan kebanyakan budak sekolah sekarang akan terlibat dengan program mentor-mentee ni. Tak kisah la korang ni budak sekolah rendah menengah, kolej, diploma, universiti.

Apa fungsi program ni diwujudkan? Sepanjang pengalaman aku la mentor ni diorang selalu tanya perkembangan pembelajaran aku macam mana, diorang bagi tips nak belajar, tolong aku kalau aku ada masalah, BELANJA MAKAN dan selalunya diorang akan bimbing korang dari segi akademik. Alhamulillah, setakat ni mentor yang aku dapat adalah baik-baik belaka.

Masa aku sekolah rendah dan waktu tu aku darjah 6, buat pertama kali dalam hidup aku diperkenalkan dengan program mentor-mentee ni. Masa tu agak blur la jugak apa benda program ni, bukan agak tapi sangat blur untuk budak macam aku ni. Mentor aku masa sekolah rendah dulu adalah guru kelas aku sendiri merangkap jiran rumah yang baru aku duduk, Pn. Sharifah. Cikgu Sharifah ni cikgu Bahasa Melayu dan dah jadi guru kelas aku sejak aku darjah 4 lagi, jadi dia memang dah kenal sangatlah dengan keputusan periksa dan perangai mentee dia yang sorang ni. Hahahaha. Maklumlah masa tu aku eksklusif sikit, cikgu lain mentee ada dua orang tapi mentor aku ni dapat mentee sorang je. Setiap Jumaat aku ada perjumpaan mentor-mentee, jadi masa tu la mentor aku cakap pasal akademik aku dekat kelas macam mana, apa yang aku kena buat kalau nak dapat result bagus. Budak lagi kan masa tu jadi apa yang dia cakap masuk telinga kanan dan tak keluar ke telinga kiri sebab aku baik masa tu. Kahkahkah. Mentor aku pernah bawak aku tidur rumah dia tapi dengan mentee cikgu-cikgu lain jugak, kalau aku sorang memang bunyi cengkerik je yang keluar. Aktiviti yang kitorang buat masa tu bukan belajar semata-mata. Kitorang tolong cikgu masak dan MAKAN. Terima kasih Cikgu Sharifah.

Dan aku ada seorang lagi mentor, Cikgu Zaleha. Serius dia baik sangat-sangat. Dua minggu sekali dia akan ambil aku dekat rumah dan bawak tidur rumah dia. Ada 3 orang lagi kawan aku yang join sama benda ni. Kitorang belajar dekat rumah cikgu dan cikgu akan bagi latihan dekat kitorang. Dia sendiri yang masakkan untuk kitorang. Terima kasih Cikgu Zaleha.

Sekolah Menengah? Alhamdulillah aku bersyukur masa sekolah menengah program mentor-mentee ni tak wujud dalam kamus hidup aku.

Tapi langit tak selalu cerah, hahahaha. Masa dekat matrik wujud balik program mentor-mentee ni. Aku kumpulan B40 dan nama mentor aku Ustazah Aufa. Kali ni dapatlah aku merasa ada mentee ramai. Ustazah Aufa ni comel sebab aku tinggi sikit dari dia. Ustazah rajin buat perjumpaan dan kalau kau memang ada masalah tak kira apa pun masalah tu, kau jumpa je Ustazah. Insya Allah, ustazah punya nasihat dan penyelesaian memang membantu. Terima kasih Ustazah Aufa.

Dan saat-saat yang dinantikan di UKM. Ada lagi program mentor-mentee ni rupanya. Yang lain sikit dekat sini mentee aku semua sama  course dengan aku, Pentadbiran Perniagaan. Minggu lepas ada keluar notis suruh jumpa mentor. Aku dengan semangat waja pergi sorang diri dekat bilik dia. Ketuk pintu takda orang, telefon pejabat tak angkat, e-mail tak balas. Dan lalu aku mengamalkan konsep redha, mungkin mentor aku sibuk dengan kerja luar kot. Tapi disebabkan takut aku syok sendiri yang mentor aku takda, aku jumpa mentee aku sorang ni dan dia pun cakap benda yang sama. Macam mana pun akan aku akan usahakan untuk jumpa mentor aku. Mungkin bukan sekarang tapi sebelum habis sem 1.

Semoga Raihana berjaya jumpa mentor dia walapun tarikh notis dah luput.

SELAMAT TINGGAL.

KAWAN

Assalamualaikum.

Nur Aqilah. Kitorang bukan kenal sejak tadika mahupun sekolah rendah atau pun zaman kegemilangan kanak-kanak riang. Kitorang hanya berkawan semenjak tingkatan 3 walaupun dah sekelas semenjak tingkatan 2.

Tanggapan pertama Qila dekat aku dari apa yang dia cerita.
1. Masa  tingatan 1 dia takut nak tegur aku sebab muka aku nampak garang. Kah
2. Dia pernah nampak aku marah budak lalu menyebabkan dia takut nak tegur aku. Motif jugak
3. Masa tingkatan 2 aku selalu bising dekat kelas sampai dia pun rasa nak marah dekat aku.

Tanggapan aku dekat dia baik-baik sahaja sebab dia memang senyap sejak dulu. Macam langit dan bumi. Masa tingkatan 3 tu entah macam mana kitorang boleh rapat walaupun tak duduk semeja, dengan tidak sengajanya. Semua orang pelik awat Raihana yang kecoh ni baik dengan Aqilah yang senyap. Kenapa? Aku pun tak tahu.

Masa tingkatan 4 dengan tingkatan 5 kitorang duduk sama-sama dekat kelas. Sepanjang aku jadi penolong kelas dua tahun tu, dia akan automatik jadi penolong kepada penolong kelas. Hahahaha.

Tak pernah gaduh? Tipulah. Tapi setahun sekali jela. Tak lama pun, sekejap je. Sampai kekadang kitorang terfikir pernah ke kita gaduh. Kah, motif sangat nak ingat waktu gaduh.

Kalau aku nak keluar pergi mana-mana mesti aku ajak dia. Disebabkan saiz fizikal yang amat berbeza, aku yang kena bawak motor tu dan dia hanya menumpang dekat belakang setiap kali keluar.

Tapi kawan baik macam mana pun, dekat kelas bab akademik kitorang memang bersaing. Dan selalunya aku kecundang dekat subjek sains 3 serangkai dengan matematik tambahan. Subjek lain keputusan aku bagus-bagus sahaja.


Lepas keputusan SPM keluar, menanti-nanti nak dapat matrik mana. Akhirnya kitorang dapat Matrikulasi Perlis walaupun tak pilih KMP masa buat permohonan. Waktu tu kitorang tak tahulah nak menangis dapat matrik jauh atau nak ketawa dapat matrik sama. Dapat matrik sama pun duduk blok lain-lain jauh pulak tu, kuliah lain. Jadi makin jarang-jarang jumpa. Tapi whatsapp ada, whatsapp jela selalu. Kalau roommate aku semua balik, dia la yang datang teman tidur dekat bilik. Dia yang selalu datang bilik aku, aku jarang-jarang datang bilik dia. Kah


Masa buat permohonan UPU, aku dengan Qila tak ambil tahu pun masing-masing punya pilihan. Prinsip masa tu "Kau buat kau punya, aku buat aku punya". Sekali hari tu, dua-dua dapat temuduga dekat UKM tapi course lain-lain lah. Lepas temuduga, aku tak berharap pun aku dapat masuk UKM masa tu. Aku dok fikir kalau dapat universiti lain je. Bulan 8 masa keputusan UPU keluar, aku dengan Qila hanya mampu gelak berdua. Kenapa?
Ke UKM lah kami berdua~~~
Buat persiapan nak masuk UKM sama-sama walaupun sedar dapat kolej yang berbeza. Masa 1 September pun daftar dekat FEP sama-sama dengan parents kitorang.


Walaupun kitorang tak sama kolej, tak bermakna kitorang tak jumpa dah. Selalu jumpa dekat FEP, keluar pergi PTSL atau Pusanika sama-sama. Kadang-kadang aku pergi kolej Qila atau Qila datang kolej aku dan terpaksa mendaki tangga kejayaan yang hanya ada dekat kolej aku ni. Hahahahahahaha.

Terima kasih untuk persahabatan yang dihulurkan. Semoga persahabatan ini berkekalan sampai kita tua.


TERIMA KASIH :)