Friday, 25 September 2015

INSAN BERNAMA RAIHANA

Assalamualaikum W.B.T

Al kisah aku kena buat blog sebab Sir Azzwan suruh. Takpa, saya redha kena buat blog ni Sir. Alhamdulillah, dapatlah saya merepek seminggu dua kali dekat blog ni. Kehkehkeh

Sempena post yang pertama ni, aku nak cerita pasal "INSAN BERNAMA RAIHANA". Yang atas tadi tu?? Tu ayat mukadimah je, takde kaitan dengan benda yang aku nak cerita ni.


Nama aku Nur Raihana binti Bundawan dan YA aku orang Jawa-Melayu. Dilahirkan di Hospital Batu Pahat pada tarikh 27 Februari 1996 dan seterusnya dibesarkan dekat Kampung Parit Daun. Paling penting sekali aku orang JOHOR DT jadi normal la nama kampung ada 'parit' tu, dah kata pun tinggal dekat Johor kan?? Hahahahaha. Aku ada 8 orang adik beradik, diulang sekali lagi LAPAN. Ya lapan dan ramai. Aku anak yang ke-7. Alhamdulilah, adik beradik aku yang lain semua dah kerja. Tinggal aku dengan adik aku je yang belajar lagi. Hmmm, tak pasti nak gembira ke sedih part yang aku masih belajar ni. Keliru :P


Sekolah?? Dari tadika ke SK ke SMK semua dekat dengan rumah sebab mak tak bagi duduk asrama. Bila dapat matrikulasi baru aku belajar duduk jauh dari keluarga. Nasiblah aku ni takda penyakit homesick ke apa. Dah la first time duduk jauh, dapat pulak matrik dekat Perlis. Tak buat aku sakit jiwa ke macam tu?? Jauh kot Johor dengan Perlis. Tapi Raihana ni berjiwa kental, dapat menghadapi hidup jauh dengan tabah walaupun jarang sekali balik kampung. Cehhhh~~~

Jadi bila dapat UKM masa keputusan keluar, insan yang paling gembira masa tu adalah aku sebab dah tak kena duduk jauh macam dulu. Hahahahahaha. Tapi kalau dapat universiti jauh pun aku reda. Kalau niat nak belajar jiwa mesti kena redha. Kan?????? Kahkahkah, ayat aku XD

Okay, aku dah tak tau nak tulis pasal apa lagi.

SELAMAT TINGGAL. BYE~~


No comments:

Post a Comment