Assalamualaikum.
Tema kali ni, MAKANAN. Disebabkan aku dah habis cerita pasal makanan dekat tema OBSES (<-- sila tekan) aku nak cerita pasal makanan dari sudut pandangan lain pulak.
MAKANAN MELAYU
Makanan melayu yang aku tahu sepanjang hidup aku adalah Nasi Lemak, Laksa, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Minyak, Rendang, Nasi Impit a.k.a Lontong dan banyak lagi. Nasi Minyak kau akan jumpa waktu majlis kenduri kahwin. Lontong dan Rendang kau akan jumpa waktu hari perayaan. Mak aku paling legend masak Laksa Johor. Laksa Johor Mak aku takda siapa boleh lawan. Apa pun, makanan Melayu yang paling aku suka adalah Nasi Kerabu. Pergh, sumpah sedap! Keropok, ikan goreng, solok lada, ulam, telur masin lagi. Nak Nasi Kerabu sekarang, tolong carikan untuk aku~~~ Nasi Dagang pun sedap jugak, yang paling sedap masa mak mertua Kakak aku yang masak. Aku tambah banyak kali kot. Kah.
KUIH-MUIH
Kuih yang aku kenal sepanjang 19 tahun hidup aku. Kuih Ketayap, Kuih Lapis, Lepat Pisang, Buah Melaka, Onde-onde, Kuih Koci, Cucur Badak, Badak Berendam, Puteri Mandi, Donut, Karipap, Tepung Pelita, Kuih Cara, Abok-abok Sagu, Bahulu, Bingka dan banyak lagi. Betul, banyak lagi. Ni pun aku baru lepas tanya Mak aku kuih apa selalu ada dekat rumah. Hahhhahaha. Kalau waktu kenduri, kuih yang aku suka gila adalah Kuih Koci dan Abok-abok Sagu. Kalau waktu puasa, menu buka aku wajib ada Tepung Pelita dan Kuih Cara. Favourite kot dua tu. Menangis aku kalau takda salah satu.
MAKANAN CINA
Char Kuew Teow, Kuew Teow Kungfu, Wantan Goreng antara makanan Cina yang aku pernah makan. Kuew Teow Kungfu dan Char Kuew Teow merupakan makanan harian aku setiap petang masa duduk dekat matrik dulu. Hari tu teringin sangat nak makan Char Kuew Teow, pergi dekat kafe dia tak masak walaupun makanan tu ada dekat senarai menu. Akhirnya pergi order dekat luar. Hilang kempunan nak makan Char Kuew Teow.
MAKANAN INDIA
Makanan India pulak, Nasi Kandar dan segala adik beradik Roti Canai dan yang seangkatan dengannya aku pernah makan. Nasi Kandar pun tengok kedai jugak mana yang best nak makan. Masa dekat Perlis, kalau nak makan Nasi Kandar selalu makan dekat Restoran Yasmeen. Roti pulak aku suka Roti Telur dan Roti Tisu. Roti Tisu paling sedap. Dah la besar, aku makan seorang pun lepas.
MAKANAN BARAT
Lasagna, Meatball, Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognese, Macaroni Cheese, Chicken Chop, Beef Chop, Lamb Chop, Baked Macaroni. Tu semua makanan favourite aku. Paling favourite sepanjang hidup. Paling aku akan suka syok sendiri waktu dekat dapur adalah waktu masak semua makanan ni.
Walaubagaimanapun,
Selamat menghabiskan duit di makanan, Raihana :)
Selamat tinggal buat sementara post bergambar~
No comments:
Post a Comment