Assalamualaikum.
Okay, tema kali ni adalah mentor. MENTOR. Boleh dikatakan kebanyakan budak sekolah sekarang akan terlibat dengan program mentor-mentee ni. Tak kisah la korang ni budak sekolah rendah menengah, kolej, diploma, universiti.
Apa fungsi program ni diwujudkan? Sepanjang pengalaman aku la mentor ni diorang selalu tanya perkembangan pembelajaran aku macam mana, diorang bagi tips nak belajar, tolong aku kalau aku ada masalah, BELANJA MAKAN dan selalunya diorang akan bimbing korang dari segi akademik. Alhamulillah, setakat ni mentor yang aku dapat adalah baik-baik belaka.
Masa aku sekolah rendah dan waktu tu aku darjah 6, buat pertama kali dalam hidup aku diperkenalkan dengan program mentor-mentee ni. Masa tu agak blur la jugak apa benda program ni, bukan agak tapi sangat blur untuk budak macam aku ni. Mentor aku masa sekolah rendah dulu adalah guru kelas aku sendiri merangkap jiran rumah yang baru aku duduk, Pn. Sharifah. Cikgu Sharifah ni cikgu Bahasa Melayu dan dah jadi guru kelas aku sejak aku darjah 4 lagi, jadi dia memang dah kenal sangatlah dengan keputusan periksa dan perangai mentee dia yang sorang ni. Hahahaha. Maklumlah masa tu aku eksklusif sikit, cikgu lain mentee ada dua orang tapi mentor aku ni dapat mentee sorang je. Setiap Jumaat aku ada perjumpaan mentor-mentee, jadi masa tu la mentor aku cakap pasal akademik aku dekat kelas macam mana, apa yang aku kena buat kalau nak dapat result bagus. Budak lagi kan masa tu jadi apa yang dia cakap masuk telinga kanan dan tak keluar ke telinga kiri sebab aku baik masa tu. Kahkahkah. Mentor aku pernah bawak aku tidur rumah dia tapi dengan mentee cikgu-cikgu lain jugak, kalau aku sorang memang bunyi cengkerik je yang keluar. Aktiviti yang kitorang buat masa tu bukan belajar semata-mata. Kitorang tolong cikgu masak dan MAKAN. Terima kasih Cikgu Sharifah.
Dan aku ada seorang lagi mentor, Cikgu Zaleha. Serius dia baik sangat-sangat. Dua minggu sekali dia akan ambil aku dekat rumah dan bawak tidur rumah dia. Ada 3 orang lagi kawan aku yang join sama benda ni. Kitorang belajar dekat rumah cikgu dan cikgu akan bagi latihan dekat kitorang. Dia sendiri yang masakkan untuk kitorang. Terima kasih Cikgu Zaleha.
Sekolah Menengah? Alhamdulillah aku bersyukur masa sekolah menengah program mentor-mentee ni tak wujud dalam kamus hidup aku.
Tapi langit tak selalu cerah, hahahaha. Masa dekat matrik wujud balik program mentor-mentee ni. Aku kumpulan B40 dan nama mentor aku Ustazah Aufa. Kali ni dapatlah aku merasa ada mentee ramai. Ustazah Aufa ni comel sebab aku tinggi sikit dari dia. Ustazah rajin buat perjumpaan dan kalau kau memang ada masalah tak kira apa pun masalah tu, kau jumpa je Ustazah. Insya Allah, ustazah punya nasihat dan penyelesaian memang membantu. Terima kasih Ustazah Aufa.
Dan saat-saat yang dinantikan di UKM. Ada lagi program mentor-mentee ni rupanya. Yang lain sikit dekat sini mentee aku semua sama course dengan aku, Pentadbiran Perniagaan. Minggu lepas ada keluar notis suruh jumpa mentor. Aku dengan semangat waja pergi sorang diri dekat bilik dia. Ketuk pintu takda orang, telefon pejabat tak angkat, e-mail tak balas. Dan lalu aku mengamalkan konsep redha, mungkin mentor aku sibuk dengan kerja luar kot. Tapi disebabkan takut aku syok sendiri yang mentor aku takda, aku jumpa mentee aku sorang ni dan dia pun cakap benda yang sama. Macam mana pun akan aku akan usahakan untuk jumpa mentor aku. Mungkin bukan sekarang tapi sebelum habis sem 1.
Semoga Raihana berjaya jumpa mentor dia walapun tarikh notis dah luput.
SELAMAT TINGGAL.
No comments:
Post a Comment