Assalamualaikum.
4 Disember - 14 Disember ada pesta buku Big Bad Wolf dekat MIECC@THE MINES.
Semalam 12 Disember, disebabkan perkampungan PPIB habis awal aku pun ambil kesempatan yang ada pergi Big Bad Wolf dengan Qila.
Banyak gila buku dekat situ. Kalau diikutkan hati nak je amik semua buku yang ada. Tapi bila difikirkan balik macam mana aku nak habis baca semua buku tu, aku pun hentikan niat murni aku tu. Aku dengan Qila cuma pusing-pusing tengok buku apa je yang ada. Beli tak banyak pun even harga semua buku murah gila-gila.
Masuk balik The Mines, ramai pegang beg pastik Big Bad Wolf. Inilah sikap yang perlu ada dalam setiap rakyat Malaysia, memupuk semangat membaca dalam diri masing-masing. Tibahhh aku ni. Dan disebabkan penat jalan pusing satu MIECC, kitorang pun pergi makan. Bismillah....
Balik feeling romantik dulu dengan Qila jalan bawah terowong baru naik KTM. Hahhahaha. Jumpa lagi tahun depan Big Bad Wolf. Aku akan pastikan aku beli lebih banyak buku berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.
Hati kau keras,
Roii



No comments:
Post a Comment