Assalamualaikum.
Hari yang ditunggu telah tiba. Adakah aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading atau tidak? Perasan risau tu hanya Allah yang tahu. Dan alhamdulillah dengan izinNya aku berjaya mendapat tawaran untuk mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Pebagai persiapan dilakukan sepanjang minggu tersebut. Buat ujian kesihatan, buat akaun Bank Islam dan segala kelengkapan lain. Perasaan takut untuk bergelar pelajar universiti bermula. Boleh ke aku nak survive duduk dekat universiti ni? Ada ke orang nak berkawan dengan aku nanti? Macam-macam soalan bermain di kepala.
Sehari sebelum daftar, stay dekat rumah kakak dulu. Malam tu langsung tak boleh tidur sebab fikir macam-macam benda termasuk benda yang tak logik dan hari tu juga aku menjadi manusia 4D.
Dan pada 1 September 2015, aku melangkah kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendaftar sebagai pelajar Prasiswazah. Perasaan itu....
Apakah yang akan terjadi dalam hidup aku? Adakah aku akan kekal menjadi Raihana yang sama dengan Raihana yang dulu. Adakah aku akan berjaya menghadapi hari-hari mendatang tanpa homesick?
Hati kau keras,
Roii

No comments:
Post a Comment