Assalamualaikum.
Minggu ni bermula minggu SPM dan STPM. Dah dua tahun berlalu waktu aku periksa SPM. Zaman menguji keimanan dan mental aku.
Lepas dapat keputusan PMR, naik tahun 2012 aku diberi pilihan masuk ke kelas sains. Entah kenapa dan bagaimana aku pun nak je masuk kelas sains walaupun aku tak berapa gemar subjek 3 serangkai tu. Nasib waktu budak batch96 sekolah aku tak wujudkan lagi kelas sains tulen semata-mata, jadi aku pun tambah la subjek Perakaunan. Maka dengan itu, SPM 2013 aku ambil 10 subjek.
Aku minat subjek Perakaunan tapi tak tahu kenapa aku tak masuk kelas perdagangan. Yela, tak payah nak susah payah belajar subjek 3 serangkai. Tapi aku ambil dari sudut positif mungkin aku perlu belajar subjek 3 serangkai tu untuk menambahkan pengetahuan aku. Sekurangnya-kurangnya aku belajar dengan lebih mendalam ubjek sains yang budak kelas perdagangan belajar.
Masuk tingkatan 5 takda rasa senior sangat sebab ada budak tingkatan 6 Atas. Oh ya, budak kelas aku ramai budak Cina dan diorang teramatlah pandai. Selalunya kedudukan 1 sampai 10 dalam kelas semua budak Cina, budak Melayu yang terselit pun sorang dua je. Dan yang pasti budak Melayu tu bukan aku. Secara tak langsung diorang bagi semangat dekat aku nak belajar bersungguh-sungguh untuk fight kedudukan dalam kelas.
Dua tahun ni jugak aku jadi penolong kelas. tanggungjawab tak besar mana. Tapi kalau aku takda lingkup jugak budak kelas aku ni kekadang.
Tahun 2013 ni aku belajar banyak benda, jumpa pelbagai karenah manusia sekeliling aku. Ada yang baik, ada yang buat sakit jantung, sakit hati dan macam-macam. Tahun 2013 juga buat aku jadi lebih semangat nak belajar.
Dan Alhamdulillah, keputusan SPM aku hanya A B C sahaja dan aku score subjek 3 serangkai. Tu paling penting. Dengan keputusan SPM tu, aku dapat masuk matrik. Kenapa tak dapat masuk Diploma? Dah Allah tentukan rezeki aku untuk masuk matrik sahaja. Bersyukurlah.
Semoga berjaya kepada calon SPM 2015.
Budak 5 Arif SMKTI yang mula periksa STPM esok - Anira, Anisah, Ziqa, Malik, Nuruddin, Wee Quan. Subjek Pengajian Am kan esok?? Semoga berjaya korang semua!! Aku tahu korang dah belajar sehabis baik. Jawab soalan jangan gelabah. Semoga dipermudahkan urusan kalian semua oleh Allah.
Calon SPM 2013,
Raihana Bundawan.
No comments:
Post a Comment